Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah, HyppTV hari ini mengumumkan bahawa International Champions Cup 2017 (ICC2017) akan dipancarkan secara langsung dan eksklusif di Malaysia menerusi saluran HyppSports 3 HD (HyppTV Saluran 703) bermula 18 Julai sehingga 6 Ogos 2017. Kesemua perlawanan tersebut juga boleh ditonton pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere.

ICC, diasaskan oleh Relevent Sports, merupakan perlawanan persahabatan pertunjukan tahunan antara kelab-kelab bola sepak yang kebanyakannya menampilkan pasukan dari kelab Eropah yang bermain di Amerika Syarikat serta Kanada, dan kemudian pada tahun 2015 dengan diperluaskan lagi ke China dan Australia. Tahun ini, tiga (3) pasukan – FC Bayern Munich, Chelsea FC dan FC Internazionale – akan berentap di Singapura.

Mengulas mengenai pengumuman tersebut, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM, berkata, “Kami sedia maklum bahawa rakyat Malaysia amat berminat dengan sukan bola sepak, dan tiada cara yang lebih baik untuk mendekati para penonton kami selain menerusi pengalaman tontonan aksi bola sepak secara eksklusif, hanya di HyppTV. Selain tayangan secara langsung, kami akan membawakan pengalaman berbeza dengan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik yang pasti menyeronokkan para peminat bola sepak!”

Untuk meraikan tayangan eksklusif, aksi sukan secara langsung tersebut, HyppTV akan menganjurkan beberapa acara tontonan berserta pelbagai permainan menarik seperti berikut:
29 Julai
7.30 malam
Chelsea FC menentang FC Internazionale
(Restoran Hakim di Seksyen 7, Shah Alam)

Semua peminat fanatik bola sepak dialu-alukan untuk datang ke sesi tontonan itu dan bersorak untuk pasukan kegemaran anda sambil mengambil bahagian dalam permainan dan aktiviti yang menyeronokkan untuk memenangi barangan eksklusif, dibawakan kepada anda oleh HyppTV.

Untuk menambah lagi keseronokan ini, HyppTV telahpun mengadakan peraduan secara eksklusif buat pelanggan Jumbo Pack, Sports Pack atau HyppSports untuk memenangi hadiah ‘ICC2017 Bus-Away’, yang merupakan perjalanan ke Singapura bagi menyaksikan perlawanan Chelsea FC menentang FC Internazionale secara langsung di Stadium Nasional Singapura pada 29 Julai 2017. 10 pemenang bertuah akan berpeluang untuk menikmati aksi perlawanan tersebut bersama wakil-wakil media serta selebriti HyppTV seperti Putra Amaris, Ain Edruce dan Nazrief Nazri.