Connect with:




Pembekal tenaga elektrik di Rusia terpaksa memotong elektrik di salah sebuah stadium yang baru dibina bagi perlawanan bola sepak Piala Dunia.

Samaraenergo memberitahu bekalan elektrik dipotong awal pada hari Selasa ekoran PSO Kazan, syarikat yang membina stadium Samara tidak membayar bil elektriknya tahun ini sekaligus meninggalkan jumlah hutang sebanyak 9,216,000 rubel ($ 137,600) dalam hutang.

“Kami menunggu sangat lama sehingga terpaksa menangguhkan pemotongan tenaga,” kata Olga Perkova, jurucakap Samaraenergo.

“PSO Kazan tidak menyelesaikan masalah hutangnya, keputusan telah dibuat dengan memotong tenaga elektrik.

Namun, Samaraenbego memutuskan untuk menghidupkan kembali bekalan tenaga elektrik selepas perlawanan Liga Perdana Rusia bakal berlangsung di Samara Arena, meskipun mereka tidak menerima sebarang maklum balas dari PSO Kazan berhubung isu membayar hutang.

Sementara itu, Rusia yang menjadi penganjur bagi Piala Dunia 2018 pada bulan Jun dan Julai telah menggunakan sebanyak 12 buah stadium sekitar Rusia.

Pihak berkuasa telah berjanji bahawa tempat yang baru dibina akan dijaga dengan baik.

Dalam pada itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin bulan lalu mendesak kerajaan untuk memastikan infrastruktur stadium tidak terjejas namun Rusia telah berdepan dengan masalah di beberapa buah stadium yang baru.

Sehari selepas akhir bulan lalu, hujan lebat merosakkan stadium yang baru dibina di bandar selatan Volgograd.