Tindakan Sazali menyertai satu kejohana jemputan di China baru-baru ini mengundang padah apabila keputusan Jawatankuasa Disiplin (Tatatertib & Anti-Doping) Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) melanjutkan tempoh hukuman kepada Sazali.

Hukuman yang dihadapi Sazali sepatutnya tamat pada 22 September 2019 namun ditambah empat tahun lagi dan ini bermakna tempoh hukuman beliau akan tamat September 2023 berakhir.

Sepanjang tempoh pergantungan, Sazali sepatutnys tidak dibenarkan menyertai mana-mana penyertaan atau kejohanan namun tindakan beliau baru-baru ini, sudah pasti memberi kesan buruk kepada kariernya sendiri.

Ketika menyertai kejohanan jemputan di China baru-baru ini, Sazali muncul juara dalam kategori 75kg.

Sazali atau nama penuhnya Sazali Samad cukup sinonim dalam sukan bina badan malah telah muncul juara Mr Universe 10 kali dan bmerangkul pelbagai kejuaraan dunia.

Foto Kredit : Fourthofficial(dot)com