Connect with:




Suruhanjaya Sukan Nevada menerusi jurucakapnya pagi semalam mengumumkan hukumun penggantungan yang dijalani bintang seni mempertahankan diri campuran, Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor akan dilanjutkan lagi berikutan masih menanti siasatan penuh berkenaan kekecohan yang berlaku ketika UFC229 yang lalu.

Mesyuarat sukan Nevada sebulat suara bersetuju dengan penggantungan itu sementara pengerusi, Anthony Marnell memerintahkan kedua-dua petinju untuk hadir dalam satu sesi pendengaran pada 10 Disember ini.

Penggantungan selama 10 hari yang dilalui Nurmagomedov dari Russia dan McGregor (Ireland) itu merupakan tempoh maksimum bagi seorang petinju yang digantung sementara menanti keputusan.

Berpunca daripada kekecohan sejurus selepas Conor ditewaskan Khabib pada 6 Oktober lalu di Las Vegas, kedua-dua petinju terkemuka dunia itu kini melalui penggantungan.

Nurmagomedov yang enggan melepaskan cengkaman meskipun McGregor sudah mengalah mula bertindak menyerang rakan sepasukan petinju Ireland itu sebaik melompat keluar gelanggang.

Setakat ini hasil dari perbincangan lembaga pengarah, lima bersetuju untuk menyerahkan separuh wang kemenangan petinju Rusia itu yang berjumlah $2 juta (RM8.34) selepas wang itu disekat serta merta sejurus selepas isu kekecohan berlaku.

Mernell yakin dengan wang berjumlah $1 juta (RM4.17 juta) itu sudah memadai untuk biaya belanja buat Khabib serta ‘mencukupi wang untuk kekal konsisten dengan pendengaran kes’.

Sebaik siasatan selesai, suruhanjaya mempunyai hak bagi memutuskan penggantungan seumur hidup meskipun kemungkinan untuk dikenakan hukuman sebegitu amat tipis.

 

Foto : UFC TV

Sumber : AFP