Madrid: Sebaik berakhir hukuman penggantungan perpindahan pemain Atletico Madrid tampil memperkenalkan dua pemain baru mereka, Diego Costa dan Vitolo semalam.

Atletico sebelum ini tidak boleh mendaftar pemain baru selepas dikenakan penggantungan oleh FIFA kerana didapati wujud penyelewengan daripada segi pembelian pemain.

Tetapi mereka sudah mencapai persetujuan untuk membawa kembali Costa daripada Chelsea dan turut menandatangani penyerang Sevilla, Vitolo.

Kedua-dua penyerang itu boleh membuat penampilan dengan jendela perpindahan musim sejuk membuka pasarannya hari ini.

“Saya tahu terdapat banyak persaingan, banyak gol yang sudah dijaringkan mereka,” kata Costa berhubung prospek bersaing tempat bersama Antoine Griezmann dan Fernando Torres.

Costa mengesahkan perpindahan ke Atletico pada September lalu dengan media Sepanyol melaporkan ia menelan belanja 60 juta Euro (RM 292.3 juta).

Sementara Vitolo pula bersetuju menyertai skuad kendalian Diego Simeone selepas mencapai persetujuan membayar pampasan 37.5 juta Euro (RM 182.7 juta) kepada Sevilla.

AFP

Foto Kredit : Twitter (@Atleti)