Setelah satu mesyuarat diadakan akhirnya Malaysia Football League (MFL) telah mengambil keputusan dengan menerima rayuan dan mengurangkan denda kepada 10 pasukan yang gagal memenuhi syarat yang telah di tetapkan sebelum ini.

Empat pasukan dari unifi Liga Super Malaysia, PKNS FC, Selangor, Kuala Lumpur dan Kelantan sebelum ini didendan RM 1.5 juta tetapi dikurangkan kepada RM RM 500,000 manakala enam pasukan dari 100PLUS Liga Premier, Pulau Pinang, PDRM, Serawak, Kuantan, UKM FC dan MIFA pula dikurangkan dari RM 500,000 kepada RM 200,000.

Pengurangan denda dari segi kewangan ini sudah tentu satu berita baik kepada pasukan yang mengalami krisis kewangan terutamanya pasukan Pulau Pinang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, beliau berharap peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh setiap pasukan untuk berubah ke arah lebih baik pada masa akan datang.

Bagaimanapun beliau tidak akan berkompromi sekiranya permasalahan ini masih berulang pada masa akan datang sambil menegaskan hukuman berat akan dikenakan iaitu denda melebihi RM 1 juta.

Hal ini juga bakal menyaksikan akan ada perubahan kedudukan liga setelah permotongan mata di lakukan selepas ini.

Hal ini perlu di pandang serius oleh setiap pasukan kerana setiap kesilapan yang dilakukan selepas ini sudah pasti akan memberi kesan kepada persatuan terutama dari segi kewangan.

Foto Kredit : Football Malaysia LLP