Connect with:




Kuantan FA bakal dikenakan hukuman berat selepas gagal menghadirkan diri pada saingan Liga Perdana menentang pasukan PDRM di Stadium Shah Alam malam tadi.

Menurut Liga Bolasepak Malaysia (MFL), hukuman berat yang akan diambil berkemungkinan mereka akan membatalkan penyertaan pasukan tersebut.

Dalam pada itu, MFL juga akan membawa perkara ini kepada Lembaga Pengarah MFL untuk berbincang tentang halatuju Kuantan FA.

“Sudah pasti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memberikan hukuman yang sewajarnya terhadap mereka. Bagi pihak MFL juga, skretariat kami akan membawa isu ini kepada Lembaga Pengarah MFL untuk membatalkan penyertaan Kuantan FA.”

Dalam kenyataan tersebut juga menjelaskan hukuman setimpal itu juga bukan sahaja kepada pasukan malah kepada individu yang terbabit untuk memastikan mereka tidak menceburkan diri dalam bola sepak tempatan lagi.

MFL menegas lanjut mengenai punca pemain tidak mahu beraksi disebabkan masalah tunggakan gaji selama tiga bulan yang dihadapi pasukan itu, memberitahu pihak mereka sudah membayar gaji sebulan melalui geran pasukan musim ini kepada pemain dan juga pergawai yang bertugas.

“Semua masalah dengan penajaan baru akan yang akan masuk akan diselesaikan menerusi jaminan pasukan yang MFL terima. Namun, perkara ini tetap gagal dan kata putus perlu diberi,” katanya.

Sebelum ini, pemain skuad The Seagulls gagal menghadirkan diri ke Stadium Shah Alam dalam perlawanan yang membabitkan PDRM dan Kuantan FA sehingga aksi perlawanan bermula.

Pengadil mengesahkan perlawanan tidak dapat dilangsungkan tepat jam 9 malam dan PDRM diberrikan kemenangan 3-0 sekaligus mendapat tiga mata percuma.

Insiden itu juga menyaksikan masalah tunggakan gaji yang dialami oleh skuad kendalian Ismail Zakaria menjadi faktor anak buahnya tidak turun ke padang untuk betemu skuad bimbingan Zulhamizan Zakaria itu.

Selain itu, Ismail memberitahu bahawa dia tidak mampu melakukan apa-apa selepas majoriti individu dari pasukannya itu bersepakat untuk tidak beraksi dalam perlawanan tersebut.

Foto Kredit: Football Tribe