Di tengah-tengah nadi kotaraya Moscow, Russia, Hublot telah merasmikan kedai baharunya dalam bangunan metropol pada 16 Jun lepas sebagai tanda setahun dari Piala Dunia yang bakal berlangsung tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya berkata, pihaknya sentiasa memberikan komitment tanpa kompromi kepada bola sepak dunia.

“Pemilihan detik ini bukanlah satu kebetulan bagi Hublot, kami memang memilih tarikh 16 jun untuk melancarkan kedai baharu ini kerana bermula hari itu hanya setahun dari Piala Dunia FIFA manakala sehari sebelum pelancaran Piala Konfederasi FIFA.

“Bermula dari hari esok dan seterusnya untuk lebih daripada setahun, Rusia bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak dunia,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Lagenda Bola Sepak Dunia, Pele, juara dunia yang tiada tandingan dan juga merupakan satu-satunya pemenang Piala Dunia sebanyak tiga kali.

Hublot ialah penjaga masa rasmi Piala Konfederasi FIFA 2017™ dan ia memberi penghormatan kepada lapan negara bola sepak yang akan bersaing di atas padang dengan menyediakan siri unik tali yang boleh ditukar ganti dalam warna negara-negara yang mengambil bahagian pada model Big Bang Unico yang berlambang.

Di atas padang, pembuat jam ini menguasai permainan dengan jujukan masa, perubahan pemain dan masa tambahan mengikut irama papan elektronik pegawainya dalam bentuk model Big Bang.

Hublot diberi penghormatan untuk menjaga masa bagi pertandingan antarabangsa yang paling popular di dunia.