Kecemerlangan atlet renang berirama negara, Gan Hua Wei yang memenangi emas Sukan SEA baru-baru ini diraikan jenama telefon pintar terkenal, HUAWEI Malaysia.

Selain Hua Wei, pasangannya Zylane Lee Yhing Huey turut diraikan bersama. Kedua-duanya mendapat Huawei Nova 2 Plus yang dilengkapi dengan kamera 20mp berdefinasi tinggi beserta kapasiti 128GB.
“Kami sangat berbangga dengan kejayaan mereka berdua yang pastinya membanggakan seluruh negara.

“Hadiah ini tanda penghargaan HUAWEI terhadap usaha mereka dan diharap Hua Wei dan Zylane terus berjaya pada masa akan datang” kata Anson Zhang Jung, Pengarah Pemasarn HUAWEI Malaysia.

P/S: Tahniah Hua Wei dan Zylane. Inilah yang dipanggil tuah nama sama.