Connect with:




Apa yang menariknya mengenai HSN21KM?

HSN21km merupakan acara larian maraton separuh premier di Malaysia. Program larian ini bakal berlangsung buat kali yang ke tiga pada 13 Oktober, 2018 bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara.

Edisi tahun ini lebih menarik kerana bakal berlangsung di Stadium Nasional KL Sport City, Bukit Jalil, dimana peserta akan memulakan larian di trek balapan Stadium Nasional Bukit Jalil dan menamatkan larian juga di lokasi yang sama.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah separuh marathon (21km), 10km dan 5km. Terdapat juga kategori veteran bagi menggalakkan warga emas menjalani aktiviti sukan yang sihat. Setiap kategori menjanjikan pulangan hadiah yang menarik. Pelbagai aktiviti sampingan juga akan diadakan pada hari acara berlangsung nanti.

Berita baik buat pelari, HSN21KM menawarkan harga promosi seperti berikut;
Pendaftaran Awal: Bagi peserta yang mendaftar awal akan mendapat diskaun 10% dan boleh mula mendaftar pada 15 Mac – 28 Mac.

Pendaftaran Setia: Kepada peserta yang pernah menyertai larian HSN21KM sebelum ini dan terlepas mendaftarkan diri anda pada Pendaftaran Khas, jangan bimbang kerana anda akan diberi diskaun 10% sepanjang tempoh pendaftaran dibuka iaitu dari 15 Mac – 15 Ogos 2018.

Bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini terhadap para peserta, pihak penganjur HSN21KM akan meningkatkan kawalan keselamatan dengan meningkatkan kawalan lalu lintas. Di samping itu, terdapat juga perlindungan insurans untuk peserta acara.

Peserta boleh berlari dan berjalan dengan tenang dan selesa apabila mengetahui keselamatan mereka diurus dengan baik.

Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan harga promosi pendaftaran. Untuk mendaftar atau info lanjut mengenai acara ini, sila layari laman web rasmi www.hsn21km.com.

Dah dapat diskaun, dah mendaftar, sekarang boleh mula berlatih berlatih dan buktikan anda jenis pelari yang bagaimana pada 13 Oktober nanti di Stadium Nasional, KL Sport City.