Connect with:




Musim baharu liga bolasepak di Eropah dah dekat. Dekat mana nak tengok bola? Bosan asyik pergi ke kedai mamak?

Bagi yang mungkin mahu mencari kelainan, sebuah kafe di Kinrara mampu menjadi ‘port’ baharu untuk kaki bola menonton perlawanan bolasepak. Namanya sendiri sudah menggambarkan betapa fanatiknya pemilik mereka terhadap sukan ini. Lokasinya cukup strategik. Terletak berhadapan dengan masjid BK5 Kinrara, tidak ada masalah kesesakan lalu lintas atau kekurangan tempat letak kereta.

Hooligans Cafe merupakan satu cafe yang cukup kena dengan jiwa bolasepak. Nama Hooligans tidaklah bermakna hanya hooligans sahaja dibenarkan masuk tetapi ia merujuk kepada betapa cafe ini membawa imej dan roh bolasepak kepada pengunjung.

Di bahagian luar kafe, dapat dilihat dekorasi rumput seperti padang bola. Imej lelaki bertopeng seperti seorang hooligans pula menjadi penghias menandakan cafe ini sangat sesuai untuk mereka yang menjadikan bolasepak sebagai sebahagian dari kehidupan. Namun begitu, ia tidak bermakna cafe ini tidak sesuai untuk keluarga. Sebaliknya, semua lapisan masyarakat dipelawa untuk berkunjung dan menikmati sendiri keunikan yang ada pada cafe ini.

Mula beroperasi ketika bermulanya saingan Piala Dunia di Rusia tempoh hari, Hooligans Cafe mempunyai dekorasi dalaman yang tersendiri. Di sini, pengunjung dapat mencuci mata melihat barangan-barangan ‘rare’ dan koleksi peribadi lima sahabat kaki bola yang merupakan pemilik kepada perniagaan ini.

Antara barangan yang diperagakan disini adalah koleksi kasut bola zaman 90-an yang sukar dijumpai di mana-mana tempat yang lain, jersi yang ditandatangani bintang-bintang ternama seperti Micheal Owen dan Paul Scholes serta bola yang ditandatangani oleh kesemua barisan pemain Barcelona.

Koleksi ini tidak dijual namun ia menjadi daya penarik buat pengunjung yang datang. Di satu sudut dalam ruang dalaman, terdapat bahan bacaan untuk para pelanggan yang ingin membaca ketika menunggu makanan tiba. Sebut mengenai makanan, Hooligans Cafe menawarkan makanan barat atau ‘western’ yang cukup membangkitkan selera. Selain itu, kopi disini turut menjadi menu ‘hero’ dimana mereka menggunakan Illy Coffee – jenama kopi terkemuka di dunia untuk dihidangkan kepada para pelanggan.

Hooligans Cafe bukanlah mahu mencuri pelanggan kedai mamak untuk menonton bolasepak. Sebaliknya, mereka mahu menawarkan pengalaman menonton bolasepak dengan gaya berbeza, seperti di eropah. Cumanya, di Hooligans Cafe, mereka tidak menyediakan sebarang minuman alkohol sebaliknya pilihan kopi yang mempunyai aroma tersendiri serta makanan barat yang membangkitkan selera. Impian pemilik selepas ini adalah untuk mempunyai ‘hooligans hall’ tersendiri.

Sepanjang Piala Dunia yang lalu, Hooligans Cafe menerima maklum balas yang cukup positif dan sambutan hangat. Malah, dengan bermulanya musim baharu liga eropah pada Ogos ini, sudah ada tempahan dari kelab-kelab penyokong untuk menganjurkan ‘viewing party’ di sini.

Khas buat semua ahli komuniti DUNIA SUKAN. Anda layak menerima baucar diskaun 30% Hooligans Cafe (untuk dining in sahaja) sepanjang bulan Ogos ini. Caranya sangat mudah – hanya perlu tunjukkan voucher yang boleh didapatkan di applikasi Dunia Sukan.

Muat turun applikasi DUNIA SUKAN di google play atau apps store, kemudian pergi ke ruangan ‘member’ dan daftar menjadi ahli komuniti secara percuma. Dari situ, pergi ke ruangan voucher dan dapatkan voucher diskaun Hooligans Cafe. Anda hanya perlu tunjukkan voucher tersebut semasa membuat pembayaran di Hooligans Cafe.

Untuk pengguna android, anda boleh muat turun applikasi ini di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dsamalglobal.duniasukan

Bagi pengguna iphone pula, muat turun applikasi ini di https://itunes.apple.com/US/app/id1403308711?mt=8