Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH), sebuah pengilang dan pengedar motosikal Honda di Malaysia, hari ini menandakan kejayaan bersejarah selama 60 tahun perniagaan motosikal Honda di Malaysia dan kejayaan penghasilan produksi sebanyak 5 juta unit di Pulau Pinang.

Majlis tersebut diraikan oleh Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dua (MITI), Dato’ Madani Bin Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Dato’ Surveyor Haji Rozali Bin Haji Mohamud, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, Tuan Yang Terutama, En. Kiyoshi Itoi, Konsul Jeneral Negara Jepun di Pulau Pinang, Datuk Loh Kian Chong, Pengerusi Eksekutif Oriental Holdings Berhad, Encik Seiji Kuraishi, Naib Presiden Eksekutif, Pegawai Eksekutif & Wakil Pengarah Honda Motor Co, Ltd, Dato’ Seri Loh Cheng Yean, Pengerusi Boon Siew Honda Sdn Bhd dan Encik Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn. Bhd.

Perniagaan motosikal Honda di Malaysia bermula pada tahun 1957 dengan tersergamnya bilik pameran motosikal yang pertama oleh Boon Siew Sdn. Bhd. di Pitt Street, Pulau Pinang, dengan 50 unit Honda Cub yang diimport untuk jualan. Pada tahun 1969, syarikat ini memulakan produksi motosikal-motosikal Honda di kilang pembuatannya di Pulau Pinang melalui kerjasama teknikal. Pada tahun 2008, Oriental Holdings Berhad dan Honda Motor membentuk usahasama untuk menubuhkan Boon Siew Honda Sdn Bhd, sebuah syarikat untuk mengukuhkan pengeluaran dan penjualan motosikal Honda di Malaysia. Selanjutnya pada tahun 2013, Boon Siew Honda mula beroperasi di kilang baru di Batu Kawan, Pulau Pinang, untuk menampung peningkatan permintaan terhadap motosikal Honda di Malaysia.

Pencapaian motosikal Honda dalam gandaan juta unit adalah seperti berikut:

• 1986 – pengeluaran 1 juta unit
• 1999 – pengeluaran 2 juta unit
• 2007 – pengeluaran 3 juta unit
• 2011 – pengeluaran 4 juta unit `
• 2017 – pengeluaran 5 juta unit `

“Selama 60 tahun ini, Oriental Holdings Berhad menjalinkan hubungan yang teguh dengan Honda Motor dan kami telah menyatukan visi kami untuk menawarkan motosikal yang inovatif dan diyakini orang ramai melalui perjanjian terkini antara kami. Hubungan antara Oriental Holdings Berhad dan Honda Motor ini mencerminkan hubungan perniagaan antara Malaysia dengan Jepun di dalam industri automotif. Melalui kerjasama ini, kita telah melihat peningkatan tahap ekonomi Malaysia dan kami akan terus memberi sumbangan berharga kepada negara bersama-sama dengan Honda, “kata Pengerusi Boon Siew Honda, Dato ‘Seri Loh Cheng Yean.

“Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada Boon Siew Honda atas kejayaan besarnya selama 60 tahun perniagaan dan 5 juta unit pengeluaran di Malaysia. Dengan visi baru Honda untuk tahun 2030, saya yakin bahawa perkongsian kita antara dua organisasi ini akan membawa perniagaan kita ke tahap yang baru. Kita akan terus mencipta produk-produk hebat yang memperkayakan mobiliti dan kehidupan yang menyeronokkan” kata Encik Seiji Kuraishi, Naib Presiden Eksekutif, dan Pengarah Eksekutif & Perwakilan Pengarah Honda Motor Co. Ltd.

“Terima kasih atas sokongan para pelanggan kami di Malaysia, Boon Siew Honda kini mampu memasarkan 5 juta unit produksi tahun ini. Semangat pengasas syarikat kami yang ingin membantu orang ramai dalam kehidupan seharian mereka dan memperolehi keseronokan dalam penunggangan, telah diwarisi oleh rakan-rakan niaga Honda sebagai titik permulaan bagi pembuatan otomatif Honda. Boon Siew Honda telah berjanji untuk terus menyampaikan produk-produk menarik, “kata Encik Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda.

Pada tahun 1957, pertemuan antara Tan Sri Dato ‘Loh Boon Siew dan Encik Soichiro Honda menghasilkan detik transformasi dan sejarah bagi rakyat Malaysia kerana mereka diberi peluang untuk memiliki sebuah Honda cub. Bilik pameran Honda pertama di Malaysia diwujudkan di Jalan Pitt di Pulau Pinang, dengan hanya 50 unit Honda Cub 4-lejang yang diimport ke Malaysia oleh Honda Motor Ltd.

Pada 1969, kilang pemasangan motosikal Honda dibina di Pulau Pinang. Honda Cub menjadi motosikal terlaris di Malaysia dan Tan Sri Dato ‘Loh Boon Siew diiktiraf sebagai Lelaki Honda Malaysia. Kedua-dua Tan Sri Dato ‘Loh Boon Siew dan Encik Soichiro Honda menyedari bahawa impian mereka telah bergabung dengan satu visi yang telah menyatukan: Mempromosikan kehidupan yang lebih bermakna untuk Malaysia melalui keupayaan mobiliti peribadi

Perjalanan Boon Siew Honda yang belum kesudahan

Pada tahun 2013, BSH telah melakukan perlaburan dalam pembinaan kilang Honda baru di Batu Kawan yang menelan kos sebanyak RM200 juta, seluas 23.7 hektar tapak dengan proses pembuatan motosikal yang tercanggih di Batu Kawan. Kilang baru ini membawa teknologi baru, aktiviti penunggangan keselamatan dan produk baru yang membolehkan BSH dapat terus menghasilkan motosikal berkualiti dan diyakini untuk segmen pasaran yang pelbagai di Malaysia.

Dalam beberapa tahun, BSH telah memperkenalkan pelbagai model mulai dari cub, skuter hingga motosikal berkuasa tinggi. Untuk terus memenuhi permintaan pasaran dengan lebih menyeluruh, BSH telah mensasarkan model motosikalnya ke dalam tiga kategori utama iaitu “Sports”, Gaya Hidup, dan Premium. Setiap kategori ditetapkan untuk menampung tuntutan dan keinginan pemilik motosikal tempatan yang sentiasa berubah.

Pada bulan Jun 2016, pengenalan RS150R yang sangat dinanti-nantikan telah membawa BSH ke satu tahap yang baru. Hanya selepas 2 bulan yang pertama di pasaran, BSH berjaya menganjurkan konvoi RS150R pertama & terbesar di Malaysia, dengan kira-kira 180 pemiliknya. Oleh kerana BSH dapat mencapai 17,000 unit pengeluaran dalam masa lapan bulan, BSH menandatangani perjanjian dengan Honda Motor Co. Ltd untuk mengeksport model RS150R.

Pada bulan Oktober 2017, BSH menjadi tuan rumah Honda Asian Journey 2017, sebuah kumpulan motosikal berkuasa tinggi melayari 570 km Semenanjung Malaysia selama empat hari, dari 26 Oktober hingga 29 Oktober 2017, berakhir di acara MotoGP Malaysia. Sekitar 50 wartawan, penunggang motosikal, peniaga Honda, dan rakaniaga dari lima negara – Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina, dan India – menunggang bersama-sama ke destinasi utama, Litar Antarabangsa Sepang.

Selain itu, BSH turut aktif dalam pameran otomatif seperti MAI Malaysia Autoshow. Ketika acara MAI Malaysia Autoshow 2017, BSH secara rasmi melancarkan pusat Honda BigWing yang pertama yang didedikasikan untuk motosikal Honda berkuasa tinggi. Honda BigWing akan dibuka di 4 bandar utama iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor bermula pada Januari tahun hadapan. Pada pertengahan pertama tahun 2017, BSH merekodkan jualan motosikal berkuasa tinggi sebanyak lebih daripada 400 unit. Ini merupakan peningkatan sebanyak 12% dari 2016. Sehubungan dengan pengenalan Honda BigWing, BSH mensasarkan kenaikan jualan motosikal berkuasa tinggi sebanyak 30%, diterjemahkan ke dalam lebih daripada 1600 unit untuk tahun hadapan. Honda BigWing adalah salah satu inisiatif Honda untuk membangunkan landskap motosikal berkuasa tinggi di Malaysia.

Penyelarasan dengan Dasar Otomotif Kebangsaan (NAP)

Pengenalan kenderaan cekap tenaga (EEV) di Malaysia dijangka meningkat sehingga 50% daripada jumlah industri (TIV) menjelang akhir tahun selepas mencecah 42.8% pada tahun sudah. BSH bersemangat dan komited untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan.

Pada tahun 2016, BSH memperolehi sijil Kenderaan EEV dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan menjadi pengeluar motosikal pertama yang mempunyai model yang disahkan EEV. Pada 2017, lima model motosikal iaitu (EX5 Fi, Wave 125i, Wave Dash (Fi), Wave Alpha dan BeAT) telah disahkan sebagai motosikal EEV.

Hari ini, 75% daripada pengeluaran BSH adalah EEV, BSH komited untuk terus memperkenalkan model-model baru yang memenuhi standard EEV untuk pasaran Malaysia berikutan dasar kerajaan untuk mencapai 81% daripada pengeluaran motosikal menjadi EEV menjelang 2020.

Pada masa yang akan datang, BSH akan terus menghasilkan motosikal berkualiti, diyakini dan bergaya, untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin berkembang di Malaysia sambil memenuhi piawaian alam sekitar mengikut permintaan dasar kerajaan.

Detik sejarah penting Motosikal Honda di Malaysia:

1957 Boon Siew Sdn Bhd (BSW) mula mengimport dan menjual motosikal-motosikal Honda.
1969 Kilang pemasangan motosikal Honda dibina
1986 Jumlah keseluruhan produksi mencapai 1 juta unit
1999 Jumlah keseluruhan produksi mencapai 2 juta unit
2007 Jumlah keseluruhan produksi mencapai 3 juta unit
2008 Penubuhan Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH)
2011 Jumlah keseluruhan produksi mencapai 4 juta unit
2013 Pembuatan motosikal bermula di kilang baru di Batu Kawan
2017 Jumlah keseluruhan produksi mencapai 5 juta unit dan menyambut ulangtahun 60 tahun perniagaan Honda di Malaysia.