Connect with:




Ketua pasukan Repsol Honda, Alberto Puig mengakui musim depan mungkin menjadi suatu musim yang mencabar selepas mereka diberi tanggungjawab untuk menguruskan pasangan bertaraf dunia iaitu Marc Marquez dan Jorge Lorenzo.

Honda akan mempunyai dua pemenang juara bertaraf kelas pertama yang mantap untuk kali pertama dalam 20 tahun apabila Lorenzo membuat keputusan untuk berpindah dari Ducati.

Puig berkata matlamat Honda adalah untuk mempunyai penunggang terbaik, walaupun ia mungkin akan menimbulkan beberapa ketegangan kerana mereka cuba untuk memastikan dua pelumba terbaik itu selesa.

“Pasukan ingin mempunyai pelumba terbaik, ini adalah prinsip kami dan kemungkinan ianya ada disana (merujuk Lorenzo),” kata Puig.

“Bagi Honda, penting untuk menyediakan jentera terbaik dan memberikannya kepada pelumba yang boleh mempamerkan aksi terbaik.

“Sudah tentu ia tidak mudah. Tetapi jika kita mahu perkara menjadi mudah, mungkin kita tidak akan sampai ke peringkat ini. Perkara ini memang rumit, tetapi ia adalah satu cabaran. Kita sentiasa mencari cabaran. ”

Sebaik sahaja Lorenzo tiba, Honda akan mempunyai ramuan tambahan untuk menyesuaikan jentera kepada gaya menunggang Marquez dan Lorenzo yang jauh berbeza.

Bagi pengurus besar pasukan, Tetsuhiro Kuwata berkata, jurutera Honda sudah bersedia untuk menjalankan tugas mereka.

“Sekarang, kami sedang membangunkan Marc dan Dani (Pedrosa),” kata Kuwata.

“Ia bukan hanya untuk seorang pelumba. Jadi kita akan meneruskan dengan cara yang sama tahun depan.

“Kami tidak tahu tentang Jorge dan jenis mesin yang dia perlukan. Tetapi sudah tentu kita akan cuba menyesuaikan diri dengan keperluannya. Marc juga mempunyai banyak permintaan kepada kami, dan kami akan berusaha untuk mencapai permintaan mereka.

“Ia akan menjadi sangat mencabar, tetapi kami teruskan [pergi] dengan cara yang sama. Jika kita boleh membuat mesin yang baik untuk Marc dan juga Dani, ini bermakna potensi teknikal kita tinggi.

Foto Kredit: Motor Sport Magazine