Connect with:




Tonggak utama Jepun, Keisuke Honda memberitahu mereka tidak malu menghadapi kekalahan ‘bermaruah’ dalam aksi Piala Dunia menentang Belgium, awal pagi tadi.

Lebih mengharukan, dia yang merupakan salah seorang pemain Jepun yang disegani berkata, kekalahan tersebut tidak boleh dibandingkan semasa kekalahan menerusi penalti di tangan Paraguay pada peringkat sama di Afrika Selatan, lapan tahun lalu.

Dalam perlawanan dramatik yang berlangsung di Rostov-on-Don, pemain skuad Samurai Biru tersingkir dengan cara yang mengecewakan apabila tumpas 3-2 kepada Belgium.

Mereka yang bermula baik mendahului 2-0 hasil jaringan Genki Haraguchi serta Takashi Inui mengimpikan untuk mara ke suku akhir buat pertama kali dalam sejarah mereka.

Namun, impian skuad bimbingan Akira Nishino dirobek selepas Belgium bangkit menukuar keputusan pada minit ke-94, menerusi jaringan kemenangan Nacer CHadli untuk mata ke penentuan lapan terbaik.

Akira mengakui amat kecewa dan terkejut dengan cara pasukannya disingkirkan di Piala Dunia kali ini.

“Selepas perlawanan, saya menyuruh pemain untuk mandi di bilik persalinan, kerana mereka kelihatan masih terkejut. Saya akan bercakap dengan mereka apabila pulang ke hotel,” katanya.

Bagi Honda pula, dia sangat berbangga tentang bagaimana bola sepak Jepun semakin maju namun menunjukkan tanda dia semakin dekat untuk menamatkan karier antarabangsa ketika sudah mencipta 100 kaps.

“Kami sudah menunjukkan bagiamana bola sepak Jepun sudah mencapai tahap yang tinggi. Saya mungkin menamatkan karier bersapa pasukan kebangsaan, namun saya gembira kerana ramai pemain muda sudah mengikut jejak kami.

“Saya dapat merasakan mereka bakal mencipta sejarah baru untuk bola sepak Jepun,” kata bekas pemain AC Milan itu.

Foto Kredit: Free Press Jurnal