Connect with:




Aksi kedua Kumpulan D Piala Dunia 2018 menyaksikan Speedy Tigers yang ketinggalan terus bangkit untuk mengikat kedudukan seri 1-1 menentang Pakistan di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India, malam semalam.

Pakar pukulan sudut penalti, Razie Rahim, gagal melunaskan beberapa peluang untuk membolosi gawang Pakistan yang memiliki penjaga gol hebat, Imran Butt yang sering menafikan percubaan Malaysia.

Dalam pada itu, Pakistan membuka jaringan pada minit ke-51 menerusi gol padang Muhammad Atiq  selepas tiga suku pertama permainan berlangsung tanpa sebarang jaringan.

Namun, tonggak negara iaitu Faizal Saari bijak memanfaatkan peluang penalti apabila dia berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti keenam pada minit ke-55.

Kini, skuad kendalian Roelant Oltmans di kedudukan terbawah dengan satu mata selepas Jerman membelasah Belanda 4-1 untuk menjuarai kumpulan itu dalam perlawanan lain untuk Kumpulan D.

Dalam perkembangan sama, Speedy Tigers akan bertemu pasukan di ranking keenam dunia Jerman pada Ahad ini.

Foto: FIH