Connect with:




Tahniah kepada pasukan hoki lelaki dan wanita negara kerana berjaya menamatkan Kejohanan Sukan Olimpik Remaja 2018 Asia (5 sebelah) yang berlangsung di Bangkok, Thailand dengan pelbagai kejayaan.

Meskipun tewas dalam perlawanan akhir kepada India menerusi ‘shout-out’ namun ia boleh dianggap satu pencapain terbaik negara pada kali ini. Bagi pasukan wanita pula, mereka menamatkan kejohanan ini di tempat ketiga apabila menewaskan Korea Selatan di penentuan tempat ketiga.

Paling manis apabila skuad hoki lelaki negara berjaya menjadi dua pasukan terbaik dan layak secara automatik ke kejohanan Sukan Olimpik Remaja B-18 di Buenos Aires, Argentina, dari 6-18 Oktober depan.

Lebih membanggakan apabila Muhammmad Akhimullah Anuar Esook muncul selaku penjaring terbanyak dengan 16 gol sementara Siti Nur Zulaikha Hussain dan Muhammad Noor Firdaus Rosdi pula di pilih selaku pemain terbaik sepanjang kejohanan.

Foto Kredit : Malaysian Hockey Confederation