Foto Kredit : Instagram Dickson Nwakaewe

Nama Dickson Nwakaewe dalam arena bola sepak tempatan cukup sinonim dek kehebatan beliau ketika berada di atas padang. Menerusi Instagram beliau, Dickson seakan memberi ‘hint’ untuk bermain bersama kelab Malaysia namun menjadi persoalan kelab manakah yang akan di pilih sama ada Kelantan atau Pahang.

Dickson atau lebih di kenali sebagai orang besi ketika berada di atas padang pernah mencipta beberapa kejayaan bersama kelab Kelantan dan Pahang.

Foto Kredit : harimaumalaya(dot)sokernet(dot)com

Ketika bersama Kelantan, nama Dickson mula menjadi sebutan para peminat di Malaysia termasuklah membantu Kelantan menjuarai Piala FA dan muncul Naib Johan Piala Malaysia pada tahun 2013. Dickson juga berjaya membantu Kelantan bangkit membenam JDT di suku akhir kedua dan layak ke separuh akhir.

Foto Kredit : football-trible(dot)com

Ketika bersama Pahang dari 2014 hingga 2015 pula, beliau memenangi dua kejuaraan iaitu Piala FA dan Malaysia Cup serta Naik Johan Piala Sumbangsih pada 2015. Gandingan beliau bersama Matias Conti berjaya menjadikan mereka antara penyerang terbaik ketika itu.

Aksi Dickson keika bersama kelab Angel SCO. Foto Kredit : Youtube

Selepas bersama Pahang, beliau telah berhijrah ke Liga Perancis, Ligue 1 dan bersama kelab Anger SCO dari 2016 hingga 2017.

Jika dilihat senarai pemain kedua-dua kelab dari pantai timur ketika ini, mereka sudah penuhkan kuota pemain import dan jika Dickson memilih salah satu kelab ini, pemain manakah akan di gugurkan?

Adakah Dickson Nwakaewe akan berganding bersama Mohammed Ghaddar atau beliau akan di satukan bersama Norshahrul Idlan Talaha dan Forkey Doe?

Kehadiran pemain ini dalam liga Malaysia pasti dinanti-nantikan oleh para peminat dan kelab manakah akan bertuah dapat sentuhan bleiau.

Namun mampukah Dickson kembali seperti mana zaman kegemilangan beliau kerana reputsasi tidak akan menjamin prestasi seseorang itu ketika berada di atas padang.

Foto Kredit : harimaumalaya(dot)sokernet(dot)com