Malaysia hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk melayakkan diri ke separuh akhir  kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) bawah 19 tahun di Myanmar.

Malaysia kini mengetuai Kumpulan A dengan enam mata daripada dua perlawanan dengan perbezaan gol yang memisahkan mereka daripada saingan terdekat, Thailand.

Di bawah bimbingan Bojan Hodak, pasukan bawah 19 itu telah melakukan persembahan yang cemerlang dengan kemenangan ke atas Laos (4-1)dan Singapura (3-1) tetapi akan mengharapkan perlawanan yang sukar melawan Timor Leste, yang mengalahkan mereka dalam kejohanan ini, tahun lalu.

“Timor Leste akan kembali kuat selepas tewas kepada Thailand (3-0). Mereka akan mahu mendapatkan mata selepas seri 1-1 dengan Kemboja.

“Saya menjangkakan mereka akan pergi menentang Malaysia kerana mereka perlu menang untuk terus berjuang di  dalam kejohanan ini,” kata Hodak.

Selepas Timor Leste, Malaysia akan berhadapan dengan Kembodia pada hari Ahad dan Thailand pada hari Selasa.

Tahun lalu, jurulatih German, Frank Bernhardt, gagal membimbing Malaysia ke separuh akhir selepas  tewas kepada Timor Leste (3-2) dan tuan rumah, Vietnam (3-1). Malaysia hanya berjaya mengalahkan Filipina (5-0) dan Singapura (2-1), di mana Australia muncul juara selepas belasah Thailand 5-1 di final.

Kumpulan B terdiri daripada Vietnam, Indonesia, Brunei, the Philippines and Myanmar.

Foto Kredit: Alchetron