Bintang Bollywood Hirthik Roshan dilaporkan bakal menghasilkan sebuah filem berkonsepkan sukan Kabaddi.

Menurut laporan media antarabangsa, Hirthik Roshan telah bersetuju untuk memainkan watak sebagai atlet Kabaddi.

Filem tersebut bakal diterbitkan oleh Ronnie Screwvala, pemilik kepada pasukan Mumbai Kabaddi dalam liga Profesional Kabaddi.

Kebelakangan ini, filem berkonsepkan sukan menerima permintaan tinggi di kalangan peminat filem Bollywood.

Aamir Khan, Salman Khan dan Akshay Kumar merupakan antara pelakon Bollywood yang terlibat dengan filem sukan.