Connect with:




Pemilikan sukan terbesar dalam sejarah Asia,  ONE Championship™ (ONE), baharu saja mengumumkan jadual bagi enam pertarungan pertama ONE: A NEW ERA yang bakal berlangsung di Ryogoku Kokugikan, Tokyo, Jepun, pada Ahad, 31 Mac 2019.

Penyandang Gelaran Juara Dunia ONE Women’s Strawweight,  “The Panda” Xiong Jing Nan dari China, bakal mempertahankan gelarannnya menentang Juara Dunia ONE Women’s Atomweight, “Unstoppable Angela Lee dari Singapura.

Juara Dunia ONE Middleweight, Aung La “The Burmese Python” N Sang dari Myanmar akan mempertahankan gelarannya menentang Ken Hasegawa dari Japan. Manakala, Juara Dunia ONE Lightweight, Eduard “Landslide” Folayang bakal menentang Shinya “Tobikan Judan” Aoki dari Japan untuk mengekalkan gelarannya.

Ticket untuk ONE: A NEW ERA akan mula dijual pada 20 Disember 2018 dan boleh didapati di LINE Ticket di https://ticket.line.me/sp/ONEChampionship, Kyodo, Ticket Pia, Lawson Ticket, dan E-plus.

Atlet baharu ONE Championship, Demetrious “Mighty Mouse” Johnson dan  Eddie “The Underground King” Alvarez akan turut beraksi pada acara tersebut. Sebagai tambahan, ONE Championship juga akan memulakan perlawanan ONE Flyweight Grand Prix Dunia dengan beberapa siri pertarungan  memukau.

Penyandang Juara Dunia kategori ONE Women’s Strawweight,  “The Panda” Xiong Jing Nan dan Juara Dunia ONE Women’s Atomweight, “Unstoppable” Angela Lee, sememangnya ditakdirkan untuk berentap sejak juara dari China itu menyertai organisasi ONE Championship pada Disember 2017.

Kedua-dua artis seni mempertahankan diri itu berada pada kelas mereka tersendiri dan turut  mendominasi divisyen masing-masing. Bagaimanapun, Lee yang semakin menaiki tangga perlawanan dan bakal mencabar Xiong untuk merebut mahkota Strawweight, berpeluang menjadi satu-satunya Juara Dunia pertama yang mengungguli dua divisyen wanita dalam sejarah ONE Championship. Perlawanan itu sememangnya tidak mudah kerana pertarungan menentang “The Panda” bakal menjadi cabaran terbesar dalam karier Lee.

Sementara itu, penyandang Juara Dunia ONE Middleweight dan Light Heavyweight, Aung La “The Burmese Python” N Sang adalah bintang sukan paling ikonik dari Myanmmar.

Pertembungan pertamanya dalam lima pusingan mendebarkan menentang Ken Hasegawa dari Jepun pada June 2018, adalah pertempuran paling epik, di mana Aung La N Sang menang pada saat-saat akhir perlawanan sengit itu. Pertarungan itu dianggap sebagai “Perlawanan Paling Hebat Dalam Sejarah ONE Championship” dan turut dinobatkan sebagai “Perlawanan Terbaik 2018” pada Anugerah Global Seni Mempertahankan Diri 2018 untuk aksi tanpa henti dan pengakhiran yang dramatik. Aung La N Sang dan Hasegawa bakal berentap sekali lagi di ONE: A NEW ERA dalam perlawanan semula yang dinanti-nantikan, sekali gus mencetuskan kehebatan.

Penyandang Juara Dunia ONE Lightweight,  Eduard “Landslide” Folayang dari Filipina dijadualkan berdepan lagenda seni mempertahankan diri dari Jepun dan juga bekas Juara Dunia, Shinya “Tobikan Judan” Aoki dalam perlawanan yang dinanti-nantikan.

Pada November 2016, Folayang merebut gelaran itu daripada Aoki menerusi TKO pada pusingan ketiga. Beliau bagaimanapun menyerahkan gelaran itu kepada Martin Nguyen setahun kemudian.

Pada November lalu, atlet Filipina itu merebut kembali gelarannya menerusi keputusan sebulat suara dalam lima pusingan dominan terhadap bintang Singapura, Amir Khan. Sementara itu,u, Aoki yang menang tiga kali berturut-turut sebelum itu, menghabiskan Rasul Yakhyaev dan Ev Ting melalui aksi penyerahan dan menghentikan Shannon Wiratchai menerusi TKO. Ketiga-tiga kemenangan itu mengangkat dan memberi peluang kepada ikon dari Jepun itu untuk merebut kembali gelaran dunia ONE Lightweight, selain kesempatan mengalahkan bekas penakluk gelarannya.

Selain daripada tiga perlawanan yang sudah diwar-warkan,  Juara Dunia Demetrious “Mighty Mouse” Johnson dan Eddie “The Underground King” Alvarez turut dijadualkan membuat penampilan pertama mereka dalam sangkar ONE Championship.

Alvarez menyertai ONE Championship pada Oktober lalu, sekali gus lagi mengembalikan karier hebatnya ke Asia, di mana beliau mula-mula menempa nama.

Juara Dunia Lightweigh, Alvarez, mengimpikan  kejuaraan ONE Champion, namun, beliau harus melepasi sekumpulan pencabar terkemuka bagi meraih impiannya. Alvarez bakal berdepan pencabar utama lightweight Timofey Nastyukhin dari Rusia.

Sementara itu, Johnson Alan menentang Yuya “Little Piranha” Wakamatsu dari Jepun.

Bakal turut berlangsung nanti adalah pertarungan ONE Super Series antara lagenda Muay Thai, Yodsanklai IWE Fairtex dan Juara Tinju Dutch World, Andy Souwer.

Yodsanklai baru saja selesai berentap dalam pertarungan menakjubkan di ONE: DESTINY OF CHAMPIONS yang berlangsung di Kuala Lumpur. Artis veteran seni mempertahankan diri itu menewaskan Luis Regis menerusi tiga gerakan pantas uppercuts sehingga mendapat sorokan gemuruh daripada penyokong. Souwer pula atlet Belanda yang merupakan juara Dunia dua kali K1 World MAX dan Juara Dunia It’s Showtime 70MAX.

Untuk maklumat lanjut mengenai ONE Championship, sila layari www.onefc.com, ikutI kami di Twitter dan Instagram @ONEChampionship, dan like kami di Facebook https://www.facebook.com/ONEChampionship.