Connect with:




Roger Federer mengesahkan untuk melupakan hasratnya merebut gelaran Grand Slam ke 21 di Terbuka Perancis  apabila pemain veteran berusia 36 tahun itu tewas kepada pemain pusingan kelayakan dari Australia, Thanasi Kokkinakis ranking ke-175 dunia pada pusingan kedua Masters Miami.

Apa yang lebih menyedihkan, dia bakal kehilangan ranking teratas dunia kepada Rafael Nadal selepas kekalahan mengejut itu dan tidak akan bermain di musim gelanggang tanah liat.

Dalam perlawanan itu, Federer bukan sahaja tidak mendominasi perlawanan malah, dia juga tidak beraksi dengan baik.

Dalam satu kenyataan, Federer mengumumkan bahawa untuk tahun kedua berturut-turut dia akan melupakan musim tanah liat, dan untuk tahun ketiga berturut-turut akan terlepas Terbuka Perancis.

“Ya, saya memutuskan untuk tidak bermain,” kata Federer secara tidak langsung, selepas kalah kepada Kokkinakis.

Menurut Federer, dia merasakan aksinya dalam perlawanan tersebut seakan-akan tidak “benar-benar bekerja” dan menjelaskan hal ini berlaku kepada setiap pemain hampir setiap kejohanan.

Kokkinakis yang berusia 21 tahun, kelihatan cukup tekad untuk kembali semangat selepas pulih dari kecederaan dan membidas Federer yang perlu mara sekurang-kurangnya ke suku akhir untuk mengekalkan gelaran.

Dalam pada itu, Kokkinakis mencipta rekod peribadinya sebagai pemain paling tercorot yang berjaya menjatuhkan pemain nombor satu dunia sejak Francisco Clavet dari Sepanyol yang berada di ranking ke-178 menewaskan Lleyton Hewitt pada pusingan kedua dia Miami pada  2003.

Dengan kekalahan itu, ia merupakan prestasi paling buruk dia pada 2018 setakat ini.

Foto Kredit: NDTV