Connect with:




Tonggak utama Sweden, Zlatan Ibrahimovic dikatakan bersetuju dengan terma yang ditawarkan AC Milan, sekaligus penyerang itu selangkah lagi untuk menghampiri kelab tersebut meninggalkan Los Angeles.

Dalam pada itu, memetik Akhbar Itali, La Gazetta dello Sport melaporkan, AC Milan menawarkan kontrak enam bulan, dengan pilihan lanjutan setahun sebelum memasuki enam bulan terakhir kontraknya bersama LA Galaxy antara June 2020 dan Disember.

Laporan Milan News menguatkan lagi spekulasi itu selepas mendedahkan ejen Ibrahimovic, Mino Raiola menghadiri suatu pertemuan di ibu pejabat Milan yang berlangsung kira-kira empat jam, dan membualkan topik yang berkaitan tentang bintang Sweden itu.

Ibrahimovic yang menyertai LA Galaxy pada mac lalu berjaya melakar momen cemerlang bersama kelab tersebut apabila meledak dua gol termasuk jaringan terbaik dari jarak 45 ela pada perlawanan pertamanya menentang musuh jiran, Los Angeles FC.

Dalam perkembangan sama, Ibrahimovic yang berusia 37 tahun itu telah mencetak 22 gol dalam 27 perlawanan bersama kelab Major League Soccer (MLS).

Secara keseluruhannya, Zlatan merupakan salah seorang pemain daripada tiga pemain yang masih aktif melepasi rekod 500 gol peribadi selain Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dan setakat ini berjaya mencipta sebanyak 544 gol sepanjang kariernya .