Connect with:




Penyerang Argentina, Gonzalo Higuain mengumumkan persaraannya daripada pentas antarabangsa dan memberitahu pengkritik bahawa dia telah memberikan segalanya untuk Argentina.

Beliau berkata keputusan itu dibuat untuk memberikan lebih tumpuan kepada keluarganya serta fokus kepada kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea.

Bintang berusia 31 tahun itu menamatkan karier antarabangsanya dengan 75 penampilan. Penampilan pertama Higuain pada tahun 2009 ketika kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Peru dan dia meledak satu gol.

Kemenangan 2-1 ke atas Nigeria di Piala Dunia 2018 adalah penampilan terakhirnya untuk Argentina. Dia menamatkan karier antarabangsanya dengan 35 gol.

Sepanjang karier dalam skuad Argentina, Higuain terlepas peluang menjulang Piala Dunia 2014 apabila tewas kepada Jerman di final dan kekalahan final Copa America 2015 serta 2016.

Walaupun begitu hampir untuk meraih trofi utama itu Higuain masih mampu berbangga dengan pencapaiannya.

“Untuk beraksi di tiga final dan tewas kesemuanya bukanlah satu kegagalan”, kata Higuain yang turut menyampaikan mesej kepada pengkritiknya.

“Masa saya bersama Argentina sudah berakhir. Saya buat keputusan ini untuk menikmati masa bersama keluarga terutamanya anak perempuan saya”, jelas Higuan

Pencapaian di peringkat kelab, Higuain mengumpul dua kejuaraan La Liga bersama Real Madrid pada tahun 2007 dan 2008, serta membantu Juventus muncul juara Itali pada tahun 2017 dan 2018.

Sejak tiba di Stamford Bridge dari Juventus secara pinjaman Januari lalu, dia meledak tiga kali dalam 10 penampilan bersama Chelsea.

Foto : Sportskeeda