Connect with:




Bintang terkemuka Barcelona, Lionel Messi mengatakan bahawa dia tidak akan meninggalkan Barcelona sejurus dikaitkan dengan perpindahannya ke Manchester City.

Justeru, dia turut memberitahu kesediaannya untuk menyambung kerjaya bersama kelab yang disertainya dahulu iaitu Rosario sekiranya dia tidak bermain lagi untuk Barcelona.

Namun, Messi menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk keluar dari Barcelona ketika ini dan akan sentiasa berada di Bandar Catalan bersama isteri, Antonela Roccuzzo dan anaknya, Cirto, Mateo serta Thiago.

Messi memberitahu saluran televisyen Argentina TyC Sports: “Saya tidak rasa untuk meninggalkan Barcelona. Tidak ada tempat yang lebih baik daripada Barca, jika saya tidak berada di sini saya tidak akan berada di mana-mana sahaja.

“Ia adalah pasukan terbaik di dunia, bandar terbaik di dunia, anak-anak saya sudah mempunyai kawan di sana. Jadi, saya tidak perlukan perubahan.

“Saya berjuang untuk memenangi segala-galanya, saya tidak perlu pergi ke tempat lain untuk membuktikan apa-apa.

Selain itu, Messi menegaskan dia ‘tidak’ bersaing dengan Cristiano Ronaldo untuk menjadi pemain terbaik dunia.

Sebaliknya, dia merasakan Ronaldo merupakan seorang pemain yang sangat hebat dan sentiasa bersinar dalam arena bolasepak dunia.

Foto Kredit: Indosport