Bayangkan diri anda seorng hero – berdepan banyak halangan yang mencabar fizikal dan mental. Itulah yang berlaku sepanjang 3 hari dari 27 hingga 29 Oktober lalu.

‘Heroes Arena’ merupakan satu promosi acara yang dianjurkan oleh Warner TV menerusi rangkaian televisyen Hypp TV di Sunway Velocity. 5 cabaran didirikan meliputi lima siri popular terbitan Warner TV iaitu Lethal Weapon, Gotham, Young Sheldon, Arrow dan Blindspot.

Antara yang turut mencuba merasai sendiri pengalaman ‘Heroes Arena’ ini adalah dua pemenang pingat emas Sukan SEA yang lepas iaitu atlet lompat tinggi, Nauraj Singh dan jaguh karate negara, Syakilla Salni Jefry.

“Saya memang peminat siri-siri dari Warner TV seperti Gotham, Flash dan Big Bang Theory. Sememangnya menyeronokkan untuk saya cuba perkara yang baru” kata Nauraj.

“Ia sangat berbeza dengan latihan karate. Ia menyeronokkan” kata Syakila yang dalam misi mahu melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020.

Turut berlangsung sepanjang promosi HEROES ARENA ini adalah tayangan maraton siri baharu Warner TV iaitu Young Sheldon khas buat semua pelanggan UniFI.

Kepada mereka yang berminat dengan siri-siri baharu Warner TV, sila lawati laman web WarnerTVAsia.com or Facebook.com/WarnerTVAsia. Warner TV boleh ditonton di saluran 613 menerusi HyppTV.