Telah tiba masanya buat atlet bina badan negara,Syarul Azman Mike Mahen untuk berehat panjang selepas mengharungi tahun yang gemilang baginya.

Syahrul, 44 menamatkan kempen dengan bergaya apabila memenangi pingat buat kali ketiga di Jemputan Hangzhou di China malam tadi.

Kecemerlangan Syarul diteruskan selepas edisi menjuarai Kejuaraan Asia ketiganya pada Ogos lalu dan prestasinya diteruskan dengan mempertahankan pingat emas di Kejuaraan Dunia di Mongolia pada 7 Oktober.

Atlet berasal dari Kuala Lumpur ini berasa gembira apabila mampu mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, ketiga-tiga pingat yang dimenanginya di peringkat antarabangsa mampu membuka mata sesetengah pihak untuk menghargai atlet yang telah banyak menaikkan nama negara.

Kini, Syarul Azman akan berehat panjang selama 5 bulan sebelum bermulanya kempen untuk kejohanan tahun hadapan.

Foto Kredit: Twitter (myTeamMAS)