Connect with:




Legenda Arsenal, Thierry Henry memberi bayangan bahawa beliau sedia menggalas tanggungjawab selaku pengurus baharu sekiranya Arsene Wenger melepaskan jawatannya bersama The Gunners.

Henry terdesak untuk melihat pengendali dari Perancis itu melepaskan jawatannya selepas memulakan karier bersama kelab utara London itu pada 1996.

Kedudukan Wenger di Arsenal semakin goyah apabila pasukannya mengalami kekalahan keempat berturut-turut dalam semua pertandingan termasuk kekalahan 1-2 kepada Brighton, semalam.

Bekas penyerang Perancis yang kini menjadi pembantu kepada pengendali Belgium, Roberto Martinez, menyatakan kesediaannya untuk menggalas tanggungjawab itu seandainya diberikan peluang.

“Saya adalah orang yang sentiasa menyahut cabaran sejak usia muda.

“Sekiranya saya mendengar kata-kata orang mengenai masa depan saya, sudah pasti saya tidak akan berada di sini (pembantu pengurus Belgium),” katanya. -AFP

Foto Kredit : dailystar(dot)co(dot)uk