Connect with:




Tonggak utama Liverpool, Jordan Henderson melanjutkan kontrak jangka masa panjang yang baru dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, semalam.

Henderson yang mengambil alih peranan sebagai kapten pasukan selepas Steven Gerrard pada 2015 telah muncul sebanyak 283 penampilan bersama kelab dan menjaringkan 24 gol sejak tiba dari Sunderland pada 2011.

Perjanjian baru itu turut menyaksikan beliau bakal berkhidmat lagi lima tahun dengan ganjaran yang lebih lumayan berbanding kontrak sebelum ini.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp juga memuji sumbangan pemain yang berusia 28 tahun itu di atas sumbangan yang dicurahkan sepanjang perkhidmatannya bersama kelab.

“ Saya merasakan dia sempurna untuk kami, begitu juga sebaliknya.

“ Tindakan dan sumbangannya sebagai pemain Liverpool dalam era bola sepak moden ini sememangnya begitu memberangsangkan.

“Dia tidak ingin sebarang ganjaran dan sentiasa berusaha untuk belajar dan menjadi lebih baik untuk pasukannya sepanjang masa.

“Saya percaya Henderson sepenuhnya sebagai seorang ‘Jeneral’. Dia banyak menggalas tanggungjawab orang lain namun dia memegang jawatan itu dengan baik,” kata Klopp.- AFP

Foto Kredit: Jordan Henderson