Kelantan berjaya mencatat kemenangan ketiga musim ini apabila menjadikan Kedah sebagai mangsa mereka dengan kemenangan 2-1 dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Darul Aman malam tadi.

Kelantan yang berada di tangga tercorot liga terdesak memburu kemenangan untuk menghidupkan kembali permainan dan mereka tampil dengan semangat yang berlainan malam tadi.

Kedah yang bermain di halaman sendiri tampak lebih menyakinkan pada separuh masa pertama dan lebih banyak mengawal permainan. Pemain import baru Kedah, Paulo Rangel membuka jaringan untuk tuan rumah setelah mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-26.

Kedah berpeuang untuk lebarkan jaringan namun gagal memanfaatkan deretan peluang yang terhidang.

Kelantan yang ketinggalan tampil dengan gaya permainan yang berbeza pada separuh masa kedua dan pemain gantian Kelantan, Nik Azli Nik Alias berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-55.

Nik Azli sekali lagi memainkan watak penting apabila lorongan cantik beliau berjaya memerangkap barisan pertahanan Kedah dan Danial Ashraf Abdullah tidak menpersia-siakan peluang untuk meletakkan Kelantan di hadapan 2-1.

Kedah berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir permainan setelah diberi penalti namun sepakan Sandro berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Kelantan, Sharizan

Foto Kredit : Football Malaysia LLP