Connect with:




Jaringan cantik Eden Hazard pada minit ke-84 cukup untuk menamatkan rekod kemenangan 7 perlawanan berturut-turut sekaligus menyingkirkan Liverpool dari Kejohanan Carabao Cup di Anfield awal pagi tadi.

Anak-anak buah Jurgen Klopp bagaimanapun terlebih dahulu mendahului pada minit ke-58 melalui Daniel Sturridge hasil satu sepakan gunting menarik selepas Willy Caballero gagal menepis rembatan Naby Keita dengan kemas.

Emerson Palmieri menyamakan kedudukan buat The Blues pada minit ke-79 selepas menampan masuk sepakan percuma dari Jorginho.

Bermula dari gelecekan melepasi Fabinho dan Jordan Henderson serta satu nutmeg terhadap Roberto Firmino, Hazard melepaskan satu rembatan cantik yang membuatkan Simon Mignolet terkaku pada minit ke-85 untuk meletakkan anak buah Maurizzio Sarri dihadapan.

Kedua-dua pasukan ini bakal bertemu lagi pada hujung minggu ini untuk saingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge.

Foto: English Premier League