Eden Hazard muncul sebagai wira Chelsea ketika dua golnya menyamakan kedudukan 3-3 semasa menentang Roma dalam pertembungan Kumpulan C Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

The Blues berada dalam kawalan apabila mereka mendahului pihak lawan 2-0, menerusi sepakan jauh David Luiz pada minit ke-11 dan Hazard pada minit ke-37 sebelum Aleksandar Kolarov meledak satu sebelum rehat babak pertama buat kelab Itali itu.

Roma memulakan babak kedua dengan baik apabila bekas penyerang Manchester City, Edin Dzeko menyamakan kedudukan pada minit ke-64 sebelum meledak gol keduanya enam minit kemudian untuk mendahului tuan rumah.

Namun, Chelsea bangkit untuk menjaringkan gol penyamaan menerusi kapten Belgium, Hazard yang turut menjaringkan dua gol di Stamford Bridge.

Keputusan itu bermakna Chelsea masih mendahului Kumpulan C dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan dengan Roma menduduki tangga kedua dengan lima mata.

Chelsea telah gagal raih kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut setelah tewas kepada Manchester City dan Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dalam perlawanan Kumpulan C yang lain, Atletico Madrid juga diikat seri 0-0 dengan pasukan Azerbaijan, Qarabag FK.

Foto Kredit: Twitter Chelsea FC