Connect with:




Robert Lewandowski menjaringkan hatrik untuk memberi Poland kemenangan 6-1 keatas Armenia dalam aksi kelayakan Piala Dunia, semalam.

Kemenangan itu bermakna Poland selaku pendahulu di Kumpulan E, semakin hampir untuk layak ke Piala Dunia di Rusia selepas belasah Armenia, yang telah tersingkir.

Penyerang Beyern Munich itu telah meraih 50 gol dalam 90 penampilan buat Poland, memecahkan rekod Wlodziemierz Lubanski dengan 48 gol.

Pemain berusia 29 tahun itu juga mencatat 15 gol dalam sembilan perlawanan dalam kempen kelayakan Piala Dunia saat ini.

Poland telah mengutip 22 mata daripada sembilan perlawanan dengan memerlukan satu lagi kemenangan apabila berdepan dengan Montenegro untuk meraih tempat mereka di Rusia.

Foto Kredit: Twitter (Robert Lewandowski)