Jaringan hatrik Casagrande memastikan Felcra FC berjaya mengutip tiga mata penting apabila menewaskan pasukan Terengganu II 3-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Felcra FC yang membuat penampilan pertama dalam Liga Perdana musim ini terus mempamerkan taring dan kemenangan malam tadi juga membolehkan mereka terus mengegar pendahulu liga.

Skuad kendalian Tarcisio Pugliese juga membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan pasukan lain dan kini mereka terus mempertahankan rekod tanpa kalah setakat ini.

Jika Felcra FC terus konsisten dengan prestasi semasa ketika ini, mereka dilihat mampu mengikut Felda United naik ke Liga Super musim hadapan.

Foto Kredit : Felcra F.C – Football Club