Connect with:




Bekas penyerang pasukan kebangsaan Belanda, Jimmy Floyd Hasselbaink percaya bahawa generasi muda Oranje yang sedang dibina oleh Ronald Koeman bakal menunjukan keputusan positif dalam tahun mendatang.

Lagenda Liga Perdana Inggeris (EPL) itu beranggapan bahawa pasukan kebangsaannya itu sedang berada dalam proses transisi setelah tidak mencatatkan keputusan yang memberansangkan sejak 2-3 kejohanan kebelakangan ini.

“Sebelum ini kami bermain dengan cara open-style yang lebih banyak bergantung kepada serangan balas dan kini ianya lebih kepada kawalan bola sebelum menyerang atau possesion,”

“Dengan beberapa pemain baharu yang berkualiti dibahagian pertahanan seperti Virgil Van Dijk dan Mathis De Light, kita boleh memulakan serangan daripada bawah kerana mereka memang dikenali pemain yang selesa dengan bola di kaki selain kebolehan bertahan yang mantap,” ujar pemain yang mempunyai 23 caps bersama pasukan tanah airnya itu.

Hasselbaink turut berpendapat bahawa pasukan itu mungkin agak kekurangan dari segi pengalaman memandangkan beberapa pemain senior yang telah bersara seperti Wesley Sneijder, Robin Van Persie dan Arjen Robben namun beliau percaya pemain baru yang diberi peluang akan menunjukkan keboleh mereka.

The Flying Dutchmen kini sedang bersaing dalam kejohanan UEFA Nations League dan diletakkan didalam kumpulan A bersama Perancis dan Jerman. Mereka telah mencatatkan keputusan 1 menang dan 1 kalah setakat ini.

Jangan lupa untuk menyaksikan Jimmy Floyd Hasselbaink dalam rancangan Pra-Perlawanan dan Analisis EPL di Astro Supersport secara live 20 Oktober ini pada jam 7 petang.