Connect with:




Arena hoki di Malaysia sekali lagi menerima perkhabaran buruk selepas skuad kebangsaan gagal mara ke Sukan Olimpik di Tokyo.

Kali ini membabitkan hasrat negara untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia pada 2023.

Hasrat tersebut terkubur selepas Persekutuan Hoki Antarabangsa mengumumkan India dipilih menjadi hos bagi Piala Dunia lelaki untuk edisi seterusnya iaitu pada 2023 – hanya selepas negara tersebut menganjurkannya tahun lalu di Bubhaneshwar.

FIH turut mengumumkan Sepanyol dan Belanda sebagai sebagai tuan rumah bersama untuk kategori wanita.

“Ia satu keputusan yang cukup sukar untuk kami putuskan kerana kesemua pembida memberikan bidaan yang meyakinkan.

“FIH mahu mengembangkan lagi hoki ke seluruh dunia dan untuk tujuan tersebut, kami memerlukan penjanaan pendapatan yang tinggi. Maka bidaan yang meyakinkan dari segi kutipan pendapatan memainkan peranan penting dalam bidaan kali ini” kata Ketua Pegawai Eksekutif FIH, Thierry Weil.

Malaysia sebelum ini pernah menganjurkan hoki Piala Dunia pada 1975 dan 2002.