Connect with:




Sepertimana yang kita tahu, Cristiano Ronaldo sememangnya bintang bola sepak yang disegani seantero dunia. Masakan tidak, usianya kini 33 tahun, beliau masih menjadi buruan kelab bola sepak terkenal dunia. Buktinya Juventus menyambar bekas pemain Real Madrid ini dengan nilai 105 juta pound.

Sudah pasti, beliau sanggup bekerja keras untuk menjadi seorang penyerang berkaliber yang berkemahiran tinggi.  Bagaimana Ronaldo boleh mengekalkan prestasinya ketika berada dalam padang?

Jawapannya mudah! Beliau menjaga kesihatan dengan mengurangkan makanan berlemak dan tidak menyentuh makanan berminyak. Baru-baru ini, ujian kecergasan telah dilakukan terhadap Ronaldo.

Lebih membanggakan apabila hasil dapatan ujian tersebut menyaksikan kemampuan fizikalnya menyamai pemain bolasepak berusia 20 tahun.

Hasil ujian ni beradasarkan statistik ujian berat otot, kandungan lemak badan, dan kepantasan larian.

Laporan memberitahu penyerang Portugal ini hanya ada tujuh peratus kandungan lemak badan, tiga peratus kurang daripada jumlah purata pemain bola sepak profesional.

Selain itu, beliau mempunyai berat otot empat peratus lebih rendah atau 50 peratus manakala larian terpantasnya ketika Piala Dunia 2018 yang lalu adalah 33.98 kilometer sejam, paling pantas berbanding pemain lain dalam temasya berkenaan.

Jika Ronaldo boleh memiliki kesihatan tubuh badan seperti itu, tiada alasan untuk kita tingkatkan kesedaran untuk jaga kesihatan bagi menjamin gaya gidup yang lebih baik.

Foto Kredit: IG Cristiano Ronaldo