SHAH ALAM – Perancang utama Chelsea direhatkan selama tiga bulan berikutan menjalani pembedahan pada buku lalinya baru-baru ini.

Kemungkinan besar Eden Hazard akan terlepas aksi awal musim hadapan apabila kelab juara Liga Perdana Inggeris itu mengumumkan dia terpaksa direhatkaan dahulu berikutan pembedahan yang baru dijalaninya.

Buku lali pemain kebangsaan Belgium itu retak apabila dia menjalani latihan menjelang aksi persahabatan dengan Republik Czech serta perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Estonia.

“Pembedahan yang dilakukan ke atas buku lali Hazard berjalan dengan lancar, prosedur itu perlu dilakukan selepas bahagian berkenaan retak ketika menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Belgium,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab tersebut.

“Dia dijangka menjalani latihan semula selepas tempoh tiga bulan itu berakhir.”

Menerusi laman twiter miliknya, pemain berusia 26 tahun yang banyak membantu kemenangan pasukan “The Blues” musim lalu telah memuat naik gambarnya sedang terlantar di katil hospital.

Di sebelah gambarnya itu dia menulis: “Pembedahan buku lali saya berjalan dengan baik dan saya akan kembali menjalani proses pemulihan. Saya akan lebih kuat selepas ini. Terima kasih atas sokongan!

Musim baru Liga Perdana bermula pada 12 Ogos depan.- AFP