SHAH ALAM: Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) berjaya mengikat pemain import baharu ketika pertukaran pemain (transfer window) bagi mengharungi sembilan baki perlawanan Liga Super musim ini.

Menurut ketua jurulatih Harimau Kumbang, Zainal Abidin Hassan, bekas penyerang Sarawak, Mark Hartmann dipilih untuk memperkukuhkan lagi bahagian serangan.

Tambahnya, dia memerlukan pemain posisi serangan yang mantap untuk digandingkan bersama Sanna Nyassi iaitu pemain sayap Harimau Kumbang.

Harimau Kumbang perlu menang untuk semua baki perlawanan supaya tidak tersingkir daripada Liga Super musim hadapan.

Dia terpaksa mencari ganti import baharu bagi menggantikan pemain posisi pertahanan, Reinaldo Lobo Rodriguez yang mengambil masa lama untuk pulih daripada kecederaan.

Penyerang import baharu Harimau Kumbang, Hartmann berkata dia akan membuktikan kebolehannya dan bersedia untuk membantu Harimau Kumbang.

Hartmann menyatakan bahawa dia tidak bermain secara individu tetapi bermain sebagai satu pasukan untuk memastikan target mereka tercapai untuk mengutip tiga mata penuh setiap perlawanan

Hartmann berkata memang tidak dinafikan Pulau Pinang berada di tangga tercorot liga tetapi dia akan membantu sebaik mungkin untuk menyelamatkan pasukan daripada tersingkir.