London: Bekas penjaga gol England, David Seaman mahu Joe Hart kekal sebagai penjaga gol utama The Three Lions untuk kempen Piala Dunia 2018 di Russia.

Hasratnya itu dinyatakan kepada pengurus England, Gareth Southgate yang kini gusar unutuk meletakkan Hart sebagai penjaga gol utama England.

Hal ini kerana, banyak kesilapan berprofil tinggi yang ditunjukkan Hart ketika bermain untuk West Ham United.

Namun, Seaman yang menjadi penjaga gawang bagi skuad Englang pada Euro 1996, percaya Hart masih kekal sebagai yang terbaik.

Walaupun nama-nama lain antaranya Jack Butland (Stoke City),Fraser Forster (Southampton), dan Jordan Pickford (Everton) boleh menjadi pengganti, namun semuanya bukan pilihan terbaik berbanding Hart.

Sementara itu, Hart bakal menyamai pencapaian 75 penampilan Seaman,sekiranya diturunkan bermain pada perlawanan persahabatan dengan Jerman atau Brazil, bulan depan.-AFP

Foto kredit: Joe Hart Official