Connect with:




Skuad Harry Kane Kane bakal menerima kunjungan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona di Wembley, awal pagi esok dalam aksi kumpulan B Liga Juara-Juara.

Pertembungan Spurs dan Barca pasti menjadi tumpuan dengan Messi terus mengganas apabila sudah meledak lapan gol pada musim ini.

Dalam pada itu, Kane sememangnya mengimpikan untuk menyaingi legenda Barcelona itu yang sudah pun mengumpul lebih 500 gol bersama Barcelona.

Namun, penyerang England berkenaan mengakui perlu mengasah skilnya dengan lebih ‘tajam’ jika mahu mengikuti statistik Messi yang menakjubkan.

“Dia pasti menetapkan standard untuk kami dan ia menjadi motivasi buat saya untuk menjadi lebih baik,” kata Kane.

“Mudah-mudahan satu hari nanti saya dapat menjaringkan gol sebanyak mungkin, jika tidak lebih, menyamainya.”

Kapten England itu menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana selama dua musim yang lepas dan memenangi ‘Golden Boot’ di Piala Dunia di Rusia.

Walau bagaimanapun, dia jauh di belakang pemain Messi, yang telah menjaringkan sebanyak 560 gol dalam 646 perlawanan bersama Barcelona dalam semua perlawanan.

“Messi dan Cristiano Ronaldo sudah melebihi standard yang biasa apabila mereka mencetak 50 atau 60 gol pada setiap musim,” kata Kane.

“Sebagai pemain yang menentang pemain terbaik di dunia iaitu Messi, sudah tentu kami akan melakukan yang terbaik untuk menghentikannya,” tambahnya.

Sementara itu, Tottenham tewas perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara di Inter Milan sekali gus tidak mempunyai banyak ruang jika mereka mahu layak ke peringkat kalah mati. – AFP

Foto Kredit: Teamtalk