Connect with:




Tonggak Piala Dunia England, Harry Kane bakal mendapat khabar gembira untuk kembali beraksi secepat mungkin selepas Tottenham mengesahkan dia dijangka pulih dripada kecederaan buku lali pada bulan depan.
Kane terpaksa dipapah keluar pada babak pertama dalam aksi perlawanan minggu lalu menentang Bournemouth yang menyaksikan skuad kendalian Mauricio Pochettino menang 4-1 sekaligus melangkah ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kebimbangan tercetus buat penyokong England selepas Kane terpaksa berehat panjang akibat dari kecederaan menjelang Piala Dunia 2018 di Russia yang berbaki kurang tiga bulan sahaja lagi.
“Susulan terjahan ketika kemenangan 4-1 pada Ahad lalu, penyerang itu mengalami kecederaan ligament di sisi pergelangan kaki kanannya”, petik Tottenham menerusi laman web mereka.
“Dia dijangka akan kembali ke latihan pasukan utama pada bulan depan.”
Dalam pada itu, kempen Piala Dunia pada 18 Jun menyaksikan England bakal menghadapi Tunisia sebelum menentang Panama dan Belgium dalam Kumpulan C.
Bagaimanapun, Kane yang kecewa tidak dapat bermain takut memberi kesan kepada Tottenham dalam usaha memburu kedudukan empat tempat teratas untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.
“Saya akan berusaha untuk kembali beraksi secepat mungkin. Walaupun kecewa tidak dapat bermain, tetapi kecederaan adalah sebahagian daripada perlawanan,” jelasnya.
 Foto Kredit: Facebook Harry Kane