Malam ini akan berlangsungnya perlawanan kedua suku akhir Piala FA yang menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kunjungan Pahang di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.

Perlawanan ini juga akan menentukan pasukan mana yang akan ke separuh akhir kerana peluang masih terbuka kepada kedua-kedua pasukan. Jom kita lihat preview perlawanan malam ini.

Penulis menjangkakan bahawa Pahang akan menghadapi sedikit kesukaran kerana bermain di halaman JDT. Apatah lagi, skuad Pahang kini agak ‘capik’ apabila beberapa pemain utama menghadapi kecederaan dan belum tentu dapat diturunkan malam ini.

Paling terkesan adalah ketiadaan pengempur utama skuad tok gajah, Francis Doe yang tercedera dalam perlawanan pertama suku akhir ketika menentang JDT.

Untuk rekod, Pahang belum pernah menang keatas JDT di halaman mereka sendiri sejak kelab ini diambil alih oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris.

Bagi pasukan JDT, bermain di ‘home ground’ keramat mereka sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada pasukan ini. Dengan rekod pertemuan yang lebih memihak kepada mereka, ia sudah tentu memberi sedikit kelegaan kepada JDT.

Pemain seperti Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera sudah tentu menjadi sandaran utama mereka merobek gawang Pahang.

Mampukah Pahang menghapuskan badi mereka keatas JDT dalam perlawanan mala mini atau JDT akan memanfaatkan segala kelebihan bermain di halaman sendiri untuk memastikan skuad kendalian Dollah Salleh pulang dengan kekecewaan?

Tetapi harus diingat, dalam perlawanan bola sepak, selagi perlawanan belum tamat,  apa-apa sahaja boleh berlaku dan tiada istilah mustahil bagi mana-mana pasukan.

Sama ada tok gajah akan memijak sang harimau selatan atau harimau selatan akan menjadikan tok gajah sebagai santapan malam dalam perlawanan ini.

Foto Kredit : JOHOR Southern Tigers