Connect with:




Kempen Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki 2018 pada November depan menyaksikan skuad Harimau Malaya kemungkinan bakal berdepan laluan mudah.

Menurut Kosmo! Online, hal ini kerana skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam yang menghuni ranking ke-103 dunia selain Myanmar (ke-135 dunia), Kemboja (ke-168 dunia) dan Laos (ke-179 dunia).

Cheng Hoe bagaimanapun menasihatkan anak buahnya supaya jangan terlalu selesa dengan negara lain yang diundi bersama mereka terutamanya Kemboja.

Dalam pada itu, beliau berpendapat Kemboja berupaya melakukan kejutan selain memberi perspektif tentang Vietnam dan Myanmar yang menjadi pasukan ‘pengacau’ kepada Malaysia yang menduduki tangga ke-170 dunia.

“Ianya sememangnya sengit sama seperti Kumpulan B. Pemain-pemain perlu bekerja keras untuk mempamerkan aksi dengan lebih baik,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sementara itu, format baharu telah diperkenalkan dimana pemain akan bermain di gelanggang sendiri dan tempat lawan berbanding sebelum ini kejohanan tersebut diadakan di dua negara sebagai tuan rumah.

Foto Kredit: FAM