Skuad bola sepak senior negara bakal turun dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara pada 5 Oktober ini di venue asal yang telah ditetapkan oleh Konfederansi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu di Pyongyang, Korea Utara.

 

Sebelum ini perlawanan tersebut ditunda ke tarikh yang lain kerana ketegangan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Korea Utara akibat kes pembunuhan adik pemimpin Korea Utara iaitu Kim Jong-Nam.

 

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihak AFC telah memutuskan bahawa venue perlawanan di Pyongyang selamat digunakan selepas tiada ancaman dilaporkan untuk perlawanan diantara Korea Utara menentang Lubnan tempoh hari.

 

‘’Namun AFC akan terus memantau perkembangan di negara itu dan masih boleh meminda perlawanan sekiranya terdapat ancaman keselamatan,’’ ujarnya.

 

Sebagai rekod, anak buah Nelo Vingada masih belum mencatatkan kemenangan setakat ini dalam saingan kelayakan Piala Asia 2019 dengan hanya seri sekali menentang Hong Kong (1-1) dan tewas di tangan Lubnan (1-2).

Foto Kredit: Asiana.My