Connect with:




 

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Hariff Saleh akhirnya berjaya meraih podium tempat ketiga dalam saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 peringkat keempat dari Dungun, Terengganu hingga Pekan, Pahang.

Bermula dari negeri kelahirannya sendiri seakan-akan memberi tonik kepada Hariff untuk membuktikan sesuatu apatah lagi permulaan ini dihadapan penyokong sendiri selain motivasi untuk menamatkan kemarau podium sekian lama tidak tercapai.

Kejayaan Hariff meraih podium sudah tentu kerjasama antara rakan-rakan pasukan yang lain kerana mereka banyak membantunya meskipun di beri tentangan sengit oleh pelumba lain.

Dalam perlumbaan peringkat keempat itu, Astana Pro Team, Riccardo Minali memenangi perlumbaan itu dengan catatan masa 4:10:14 mengatasi pelumba dari Bardiani CSF, Andrea Guardini.

Perinkat kelima hari ini bermula dari Bentong, Pahang ke Cameron Highlands melibatkan jarak sejauh 169.4km dan perlumbaan peringkat ini dijangka akan lebih menarik kerana terdapat beberapa zon pecutan dan pendakian selain tempat yang mencabar kepada pelumba LTDL 2018.

Foto Kredit : cyclingmalaysia