Connect with:




Tamparan hebat buat skuad Ole Gunnar Solskjaer apabila tewas 0-2 ke atas Paris Saint-Germain pada aksi pertama 16 terakhir Liga Juara-Juara yang berlangsung di Old Trafford.

Hal ini turut menyaksikan Solskjaer tewas buat kali pertama dalam 12 perlawanan sebagai pengendali sementara United.

Jaringan dari Presnel Kimpembe dan Kylian Mbappe pada separuh masa kedua sedikit sebanyak turut mematikan harapan United untuk menyekat mereka pada aksi kedua yang bakal berlangsung di Paris.

Lebih malang lagi, aksi timbal balik itu mengetengahkan hanya 10 pemain United yang akan beraksi tatkala Paul Pogba dibuang pada minit terakhir sekaligus tidak dapat turun pada Mac depan.

Ia sememangnya kekalahan yang memeritkan memandangkan Solskjaer melakar fenomena dalam membangkitkan semangat pemain dan peminat selepas Jose Mourinho dipecat pada Disember lepas.

 “Hari ini, kami terjaga dari lena selepas berdepan dengan pasukan yang handal. Mereka mempunyai momentum selepas gol pertama malah dapat mengawal permainan.
“Anda boleh nampak kami tidak bermain di tahap sebenar.

“ Ianya adalah pengalaman yang berguna, kami perlu belajar sesuatu sebagai satu pasukan daripada kekalahan ini,”  kata Solskjaer.

Insiden Pogba dibuang padang pasti mempengaruhi pasukan pada aksi kedua apabila dia mempamerkan aksi cemerlang sejak berada di bawah kendalian Solskjaer.

Foto; MUFC