Saingan tanpa kalah Malaysia telah dileburkan India semalam pada aksi kedua round robin Piala Asia 2017, Dhaka,Bangladesh.

India bertindak ganas dengan membenam skuad negara 6-2 di Stadium Hoki Nasional Maulana Bhashani.

Jaringan tiga gol pada babak pertama dan tiga lagi di babak kedua memusnahkan rentak bergaya Malaysia di kejohanan itu.

Gol India dijaringkan Akashdeep Singh pada minit ke-14, Harmanpreet Singh (m-19), Uthappa Sannuvanda (m-24), Gurjant Singh (m-33), Sunil Sowmarpet (m-40) dan Sardar Singh (m-60).

Sementara itu, gol Malaysia disumbangkan Razie Rahim (m-50) dan Ramadan Rosli (m-58).

Sebelum ini , saingan Malaysia dan India telah menyaksikan kemenangan berpihak kepada Malaysia dalam Piala Sultan Azlan Shah dan Kejohanan Hoki Dunia Separuh Akhir di London.

Semalam merupakan pertembungan yang ke-116 Malaysia dan India.

Pemain Malaysia mungkin sedikit penat setelah bertemu Pakistan pada pelawanan sebelum ini.

Hal ini menyebabkan pemain perlu berehat dengan cukup sebelum menentang Korea Selatan dalam perlawanan akhir kumpulan pada Sabtu ini.

Diharap skuad “Speedy Tiger” bangkit dan melakarkan kejuaraan pada Piala Asia kali ini.

Foto Kredit: Facebook (Malaysian Hockey Confederation)