Connect with:




Jaguh Keirin negara, Azizulhasni Awang diberi akan menggalas cabaran untuk merebut pingat di Sukan Koamanwel, Gold Cost pada April depan.

Namun, ia bukan tugas yang mudah memandangkan saingan trek di Sukan Komanwel bagi edisi kali ini amat sengit dengan kehadiran tuan rumah, Australia dan Great Britain yang diberitahu membuat persediaan rapi menjelang Sukan Komanwel nanti.

The Pocket Rocketman bersama-sama Shah Firdaus Sahrom dijangka bakal menyertai keirin dan acara pecut inidividu di Velodrom Anna-Meares.

Dalam pada itu, harapan diletakkan sekali lagi buat prospek pingat negara, Azizulhasni memandangkan Malaysia pernah  membuktikan kemampuan pada Sukan Komanwel 2010 walaupun perlumbaan itu tidak dikira kerana didakwa menolak pelumba New Zealand, Simon Van Vel Thooven sekaligus emas diberikan kepada rakan senegaranya, Josiah Ng.

Berpangkalan di negara yang sama hampir 11 tahun, ia merupakan ‘rumah kedua’ buat pelumba basikal negara.

Menurut pengurus skuad berbasikal negara ke Gold Cost, Ramlay Ibrahim mengharapkan akan ada kilauan pingat diraih Azizulhaasni di temasya itu.

Secara keseluruhannya, Malaysia menghantar 13 pelumba menggalas tanggungjawab di Gold Cost depan.

Bagi acara pecut berpasukan yang digalas Muhammad Fadhil Zonis, Muhammad Kharil Nizal Rasol dan Mohammad Shariz Efendi Mohd Shahrin diharap mampu memecahkan rekod lama berusia 10 tahun yang dilakukan Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Mohd Rizal Tisin pada Olimpik 2008 dengan rekod masa selama 44.725 saat.

AZIZULHASNI (kanan) merangkul pingat gangsa dalam acara keirin bersama Glaetzer (tengah) dan Webster di Sukan Komanwel, Glasgow- Foto kredit: Mstar

Pada temasya empat tahun lalu di Glasgow, skuad berbasikal menghantar sebanyak lapan konyinjen dan meraih satu pingat gangsa hasil dari Azizulhasni dalam acara keirin.