Penyerang sensasi Atletico Madrid, Antoine Griezmann mengeluarkan kenyataan permohonan maaf akibat daripada foto yang dimuat naik olehnya di media sosial dengan memakai jersi bola keranjang dan rambut palsu tatkala muka, kaki serta lengannya dihitamkan dengan bertulis ‘parti 80-an’.

 

Ekoran daripada itu, ramai netizen yang mengecam tindakan pemain kebangsaan Perancis itu atas dakwaan isu perkauman yang ditimbulkan oleh Griezmann.

 

Dia juga menyelar dakwaan tersebut dengan memuatnaik di akaun Twitter beliau dengan berkata “Bertenang kawan-kawan, saya peminat Harlem Globetrotters dan era hebat ini … Ini penghormatan.”

 

Kemudian dia memuatnaik dengan berkata, “saya sedar bahawa ia tidak sensitif di pihak saya. Jika saya menyinggung perasaan sesetengah orang saya minta maaf,” tambahnya.

Foto: mirror.co