Connect with:




Daripada 10 pasukan, Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaaysia (FMMLP) mengesahkan dua pasukan daripada Liga Super dan tiga pasukan daripada Liga Perdana sudah menghantar surat rayuan berhubung isu denda yang dikenakan ke atas mereka.
Menurut Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam menjelaskan dia tidak akan mendedahkan lima pasukan mana dalam Liga Malaysia (Liga M) yang sudah menghantar rayuan yang tarikh tutupnya pada Selasa ini.
“Saya akan mendedahkannya pada Rabu ini selepas tarikh tutup. Sekarang, hanya lima pasukan sahaja yang sudah menghantar rayuan.
“Dalam rayuan mereka yang lewat menghantar dokumen dari tarikh yang ditetapkan perlu mengemukakan sebab kenapa dihantar selepas tamat tarikh tempoh dan itu apa yang dirayu.
“Setakat ini, hanya dua pasukan sahaja yang menghantar permohonan daripada enam pasukan yang gagal melengkapkan dokumen, dan semalam saya juga sudah mengesahkan pembayaran geraqn kepada semua pasukan yang bersaing di Liga Super dan Liga Perdana,” katanya pada sidang media selepas bersama Presiden La Liga, Javier Tebas.
Terdahulu, empat pasukan Liga Spuer dan enam dari Liga Premier gagal melengkapkan dokumen pendaftaran pasukan selepas takrih akhir menghantar dokumen pada 3 Februari lepas.
Pendedahan yang dibuat oleh FMLLP ini menyaksikan empat pasukan dari Liga Perdana yang tidak melengkapkan dokumen pendaftaran iaitu, Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA dan PDRM, manakala dua pasukan menghantar dokumen melepasi tarikh akhir iaitu MIFA dan UKM FC.
Bagi Liga Super pula, Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing tidak menghantar atau menghantar dokumen tidak betul, manakala, Selangor dan PKNS FC menghantar dokumen selepas tarikh akhir yang ditetapkan.
“Dari denda yang dikenakan, pembayaran kepada pasukan tersebut kita tahan terlebih dahulu mengikut jumlah ysng dikenakan. Kita akan sekat mengikit jumlah denda yang diberikan. Baki geran selebihnya akan dibayarr selepas keputusan rayuan dikeluarkan.
Menurut Kevin lagi, FMLLP sudah membuat pembayaran geran berjumlah RM3 juta kepada pasukan Liga Super dan RM1 juta buat paskuan Liga Perdana.
Dalam pada itu, kerjasama antara FMLLP dan La Liga sedang berjalan memperuntukkan satu pengaplikasi sistem Marouder untuk mengesan hak penyiaran haram Liga M sebelum dikenakan tindakan seterusnya.